10-10 MySTIE

Rangka Kerja 10-10 MySTIE yang dibangunkan oleh Akademi Sains Malaysia akan berfungsi sebagai pemangkin untuk merealisasikan enam teras strategik, 20 strategi dan 46 inisiatif yang telah digariskan dalam DSTIN 2021-2030 melalui penetapan 30 bidang keutamaan penyelidikan dan pembangunan negara yang memenuhi keperluan industri dan rakyat.