Industry4wd

Dasar Industry4WRD merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan bagi tempoh 2018 hingga 2025. Dasar ini mengandungi tiga visi untuk menjadikan Malaysia sebagai:

  • rakan strategik untuk pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik;
  • destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi; dan
  • penyedia penyelesaian menyeluruh (total solutions provider) untuk teknologi termaju.